| |
Selasa,22 Disember 2009
|
BANDAR SERI JEMPOL:
Dalam kehidupan ini
setiap pertemuan ada
perpisahan dan setiap
yang datang akan pergi
jua. Atas jasa beliau
yang telah berbakti
kepada JKR Jempol, satu
majlis perpisahan telah diadakan
bagi meraikan pertukaran
En. Khaiful b. Razak,
Jurutera Awam yang akan
bertukar ke IbuPejabat
JKR Kuala Lumpur.
Majlis ini telah
diadakan pada 16hb.
Disember 2009(Rabu)
iaitu bersamaan 29
Zulhijjah 1430H
bertempat di Dewan Sri
Rompin, majlis yang bermula
pada pukul 10 pagi dan
dipengerusikan oleh En.
Mohd Yusof b. Yatim dan
diikuti bacaan doa bagi
memberkati majlis. |
|
 |
| |
En.
Khaiful b. Razak memberi kata-kata terakhir pada
Majlis Perpisahan itu. |
En. Khaiful b.
Razak mula berkhidmat selaku Jurutera Awam di Bahagian Jalan
Jabatan Kerja Raya Jempol pada 3hb. September 2008, Beliau telah
berkhidmat selama 1 tahun 3 bulan di JKR Jempol. Beliau dikenali
sebagai seorang pegawai yang mudah mesra dan di hormati di
kalangan kakitangan JKR Jempol. Pada majlis itu juga, beliau
telah memberi kata-kata akhir dan tazkirah
berkenaan dengan Kehidupan Manusia Dalam Islam.
Sebagai mengenang
jasa beliau, cenderahati sebagai kenangan-kenangan telah di
sampaikan oleh Dzulkifli b. Siraj, Penolong Jurutera.
...oleh webmaster jkr
jempol
|