|
Rabu,27 Januari 2010
BAHAU:
Pada 20 Januari
2010 yang lepas, Selia Senggara Selatan Sdn. Bhd. (Bahau) telah
memberi taklimat kepada JKR Jempol berkenaan Penyelenggaraan
Jalan-Jalan Persekutuan di Daerah Jempol (Zon Selatan) yang
bertempat di Pejabat Operasi Selia Senggara, Bahau. Taklimat ini
telah disampaikan oleh En. Azizul bin Tajuddin. Taklimat ini
telah hadiri oleh
Jurutera Daerah, Ir. Waznah bersama
Jurutera-Jurutera Awam iaitu Pn. Fadzilah, Cik Mahira dan Cik
Nur Nazihah dan Juruteknik, En. Zahir.
Tujuan taklimat ini
diadakan ialah memberi ruang dan peluang kepada kedua-dua pihak
iaitu JKR Jempol dan Selia Senggara untuk saling mengenali
organisasi pengurusan yang baru di antara kedua-dua pihak.
Selain itu, taklimat ini telah memberi pendedahan aktiviti yang
dijalankan oleh Selia Senggara.
Berdasarkan
keseluruhan jalan persekutuan di Negeri Sembilan, Jempol
mempunyai kepanjangan jalan yang paling panjang iaitu 608.85km.
Antara skop kerja yang dilaksanakan oleh Selia Senggara ialah
penyelenggaraan rutin, penyelenggaraan berkala dan kerja-kerja
kecemasan. Sesi soal jawab diadakan diakhir taklimat bagi
memeberi ruang kedua-dua pihak untuk bertukar-tukar maklumat,
pendapat dan maklum balas.
Taklimat ini
berakhir pada jam 5.00 ptg. Diharap taklimat ini dpaat
mempereratkan hubungan diantara JKR Jempol dan Selia Senggara
Sdn. Bhd. Bahau untuk saling berkerjasama dalam memastikan
kualiti Jalan-jalan Persekutuan di Daerah Jempol bertambah baik.
...oleh Nur Nazihah
|