|
Isnin,15 Februari 2010
PALONG 9:
Pada 12hb. Februari
2010 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek
Bangunan(Pendidikan) iaitu SK. Palong 9(F) kepada pihak
pelanggan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia di wakili oleh
Pejabat Pendidikan Daerah Jempol, NSDK.
Majlis penyerahan
tersebut bermula jam 3.00 petang bertempat di SK. Palong 9(F).
Majlis tersebut dipengerusikan oleh Penolong Jurutera JKR Jempol,
Pn Aina Hartini bt. Laboh, dihadiri oleh
Pegawai Pendidikan
Daerah Jempol/Jelebu, Tuan Haji Mohd Farid bin Haji Mohd Yusof,
Jurutera Daerah Jempol, Ir. Waznah bt. Abdul Aziz, Guru Besar
Palong 9(F), Norraini bt Ismail
dan pihak kontraktor iaitu Lenang Permata Sdn. Bhd. serta wakil
dari JKR Jempol, guru-guru sekolah dan wakil kontraktor.
Majlis dimulakan
dengan ucapan dari Jurutera Daerah JKR Jempol. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana memberi
kepercayaan kepada pihak JKR untuk melaksanakan projek tersebut.
Dan disusuli dengan ucapan dari Pegawai Pejabat Pendidikan
Daerah Jempol/Jelebu menyatakan rasa bangga dan bersyukur dengan
penyerahan projek tersebut dalam waktu yang ditetapkan seperti
dalam kontrak walaupun terdapat pelbagai masalah yang timbul
semasa pembinaan tetapi pihak kontraktor dapat menyiapkan dengan
sempurna dan mengikut spesifikasi. Selepas itu, proses
menandatangani dokumen penyerahan dan penyerahan kunci yang
dilakukan bersama-sama pihak JKR dan pihak agensi pelanggan
sebagai tanda penerimaan ke atas penyerahan projek tersebut.
Majlis berakhir
sekitar jam 4.30 petang.
...oleh Siti Fatimah Md zan
|