|
Isnin,22 Februari 2010
BANDAR
SERI JEMPOL
: Pada 19 Februari 2010
yang lalu telah berlangsungnya ceramah pencegahan kebakaran oleh
anggota bomba dari Balai Bomba Bandar Seri Jempol, Negeri
Sembilan. Seramai 3 panel anggota bomba yang berpengalaman telah
menyampaikan ceramah dan membuat demonstrasi latihan penggunaan
alat pemadam api dan demostrasi bagaimana menghadapi
situasi-situasi kebakaran. Panel penceramah telah diketuai oleh
Pegawai Operasi iaitu En. Hasnuddin.
Pihak JKR Jempol
telah menjemput pasukan Balai Bomba Seri Jempol untuk memberi
kesedaran dan kefahaman kepada kakitangan JKR Jempol sendiri
bagaimana menghadapi kebakaran samada di pejabat atau di rumah.
Majlis ceramah dimulakan pada jam 9.00 pagi di perkarangan Unit
Penyelenggaraan Jalan Dan Workshop. Kata-kata aluan telah
disampakan oleh En. Mohamad Yusof bin Mohd Yatim selaku wakil
Biro Sosial Kelab Sukan JKR Jempol. Semua kakitangan JKR Jempol
telah dijemput hadir bagi memeriahkan dan mendapat maklumat
serta mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam menghadapi dan
mencegah dari berlakunya kebakaran.
Majlis diteruskan
dengan demostrasi dari anggota bomba yang terlibat bersama-sama
dengan beberapa kakitangan JKR Jempol. Kakitangan JKR Jempol di
beri tunjuk ajar bagaimana menggunakan alat pemadam api dengan
betul bagi menghindarkan kemalangan dan mengelakan kebakaran
merebak. Selain itu kakitangan JKR Jempol turut ditunjukan cara
bagaimana menghadapi situasi-situasi yang mencemaskan dengan
tenang dan berani.
Di akhir majlis ini,
pihak JKR Jempol telah dimaklumkan ceramah ini akan disusuli
dengan latihan kebakaran bagi memberi latihan pratikal kepada
semua kakitangan JKR Jempol. Diharap ceramah yang telah
disampaikan ini dapat memberi manafaat kepada semua kakitangan
JKR Jempol dalam menghadap situasi-situasi yang mencemaskan
ketika berhadapan dengan kebakaran.
...oleh Nur Nazihah
Zainal Abidin
|