e-Direktori

 
LAMAN UTAMA
PENGENALAN
SEJARAH
LOKASI
HUBUNGI KAMI
ADUAN

Carian :

 
 TARIKH
.SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG TELAH MELAYARI LAMAN WEB INI, SEMOGA MENDAPAT MANFAAT DAN PANDUAN DARI LAMAN WEB INI.
sq

INFO JABATAN

   Perutusan Jurutera
   Visi & Misi
   Fungsi,Objektif & Dasar Kualiti
   Piagam Pelanggan
   Carta Organisasi
   Senarai Pegawai Kanan
   Salasilah Jurutera
   Anugerah Khidmat Cemerlang
   Projek JKR
   Tawaran Sebutharga
   Penghargaan
   Penyelaras Laman

RANGKAIAN JKR

   RAKAN
   RAKANnet
   SKALA
   E-mail Groupwise
   E-mail Microsoft Exchange
   Sistem Pengurusan Kualiti
   SEPAKAT
   Kementerian Kerja Raya
   JKR Malaysia
   Penilaian Tahap Kecekapan
   Lembaga Jurutera Malaysia
   Lembaga Arkitek Malaysia
   CIDB

RENUNGAN

KALENDAR AKTIVITI

sila klik tarikh untuk lihat

aktiviti harian

sq .ddd sq

BERITA PENUH

 

SIRI TAKLIMAT JKR JEMPOL UNTUK PLKN 7/2010.

 

Khamis,25 Februari 2010

BANDAR SERI JEMPOL : Pada akhir bulan Januari 2010 yang lalu pihak JKR Jempol telah dijemput untuk memberi taklimat kepada peserta PLKN siri 7/2010 berkenaan Kemudahan Awam JKR. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta berhubungan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak JKR. Selain itu, pihak JKR juga berpeluang memberi maklumat terkini dan peranan yang dijalankan JKR.

 

Pada 24 Februari 2010 telah berlangsungnya taklimat berkenaan di Dewan Besar Pejabat Daerah Jempol. Taklimat ini telah disampaikan oleh Jurutera Daerah JKR Jempol iaitu Ir. Waznah Binti Abdul Aziz. Seramai 45 peserta PLKN telah menghadiri taklimat ini. Taklimat ini dimulakan dengan kata-kata aluan dari wakil Pegawai Daerah bagi merasmikan aturcara majlis. Majlis ini diteruskan dengan taklimat berkenaan sejarah penubuhan JKR Malaysia, visi, misi dan projek-projek kemudahan awam yang telah disediakan oleh JKR Malaysia.

 

Selain itu, para peserta turut diberi peluang mengenali latar belakang JKR Jempol dan melihat projek-projek yang sedang dijalankan atau yang telah siap dibina. Majlis kemudian diteruskan dengan taklimat dari Selia Senggara Selatan Sdn Bhd, Bahau (SSSB). SSSB telah memperkenalkan skop-skop kerja yang dijalankan serta menerangkan peranan dan tugas yang dijalankan oleh pihaknya sebagai syarikat konsesi yang dilantik oleh pihak JKR dalam menyelenggara jalan-jalan Persekutuan di Daerah Jempol.

 

Majlis di akhiri dengan lawatan tapak Projek Jambatan Air Hitam-Serting bagi memberi gambaran sebenar keadaan di tapak. Penerangan lawatan tapak telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohamad. Beliau telah menerangkan keperluan pengawasan di tapak bina bagi memastikan kerja-kerja berjalan lancar.

 

Pihak PLKN telah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak JKR memberi taklimat ini. Diharap usaha-usaha sebegini dapat diteruskan bagi memberi ruang dan peluang kepada para peserta PLKN mengenali JKR dengan lebih dekat lagi.

 

 

...oleh Nur Nazihah Zainal Abidin 

 

 

 

sq

PENGUMUMAN

RANGKAIAN AGENSI

   Jabatan Perkhidmatan Awam
   Suruhanjaya Perkhid. Awam
   Pusat Khidmat Kontraktor
   Kerajaan Negeri Sembilan
   Lembaga Hasil Dalam Negeri
   MAMPU
   Arkib Negara Malaysia
   Tourism Malaysia

INFORMASI

   Harian Metro
   Waktu Solat

   Utusan Malaysia
   Berita Harian
   New Strait Times
   Sinar Harian

RANGKAIAN PILIHAN

WEB JKR NEGERI

WEB DAERAH

PELAWAT

Anda pelawat yang ke

sq
sq
Laman Utama Pengenalan Sejarah lokasi Hubungi Kami Kata Anda
                     

  Dasar Privasi Dasar Keselamatan