|
Rabu 14 Julai 2010
ROMPIN:
Laluan FT 10 Sek. 16.38 Jalan Gemas-Kemayan ditutup untuk
lalulintas disebabkan kejadian jalan runtuh. Kejadian berlaku
pada 7.7.2010 jam 8.30 malam. Permukaan jalan tersebut telah
mendap dan runtuh akibat hujan lebat yang berpanjangan dengan
jumlah kadaralir yang besar dalam satu masa. Runtuhan tersebut
mengakibatkan jalan tersebut terputus.
Dari 7.7.2010
hingga 12.7.2010 jalan FT 10 telah ditutup sepenuhnya kepada
lalulintas buat sementara waktu. Kesemua aliran trafik ke Pekan
Rompin telah diarah untuk mengikut lencongan jalan negeri
Bahau-Dangi dan Jelai Rompin iaitu di laluan N17 dan N20. Pihak
polis telah dimaklumkan mengenai penutupan jalan tersebut.
JKR Jempol juga
telah memasang papantanda lencongan disetiap persimpangan utama
bagi mengelakkan kekeliruan kepada pemandu. Pemasangan 'Bailey
Bridge' dilaksanakan dengan kerjasama JKR Temerloh. Kerja
membina jambatan 'Bailey' berkeluasan kira-kira 7m x 33m itu
siap dibina pada hari isnin 12.7.2010 hasil kerjasama JKR Jempol
dan JKR Temerloh. Jalan tersebut mulai dibuka kepada semua
kenderaan pada hari isnin 9.7.2010 mulai jam 6.00 petang. JKR
akan mengkaji semula kawasan tersebut untuk pembinaan jalan yang
kekal.
...oleh Hj. Mohamad
|