PERUTUSAN
JURUTERA DAERAH
JABATAN KERJA
RAYA JEMPOL

Ir. Waznah bt. Abdul Aziz
Jurutera Daerah
Jabatan Kerja Raya Jempol
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Kerja
Raya (JKR) Jempol.
Sejajar dengan perancangan kerajaan ke arah
melaksanakan Kerajaan Elektronik, JKR Jempol
tidak ketingalan dari arus perkembangan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Melalui Laman Web ini, JKR Jempol berharap dapat
memberi sumber maklumat yang berkualiti untuk
semua rakyat Daerah Jempol khususnya dan
Malaysia amnya. Adalah menjadi matlamat JKR
Jempol untuk memastikan organisasi ini berjalan
dengan cekap dan berkesan demi mencapai visi,
misi dan objektif jabatan.
Diharap kewujudan laman web ini akan memberi
manafaat kepada semua warga kerja dan pelanggan
JKR Jempol. Maklumbalas dan cadangan yang
berguna untuk kebaikan jabatan ini amat dihargai.
Mudah-mudahan pihak kami dapat memberikan
perkhidmatan yang lebih baik untuk anda.
Sekian. terima kasih.
Ir.
Waznah bt. Abdul Aziz.
Jurutera Daerah